Thursday 23 November 2017

Perbincangan Kumpulan 1.0

          Pada 18/10/2017, kumpulan kami telah mengadakan satu perbincangan bagi merancang projek yang bakal dijalankan. Objektif projek yang dibincangkan adalah untuk mencapai matlamat pembelajaran "Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial". Pelbagai idea disuarakan oleh semua ahli kumpulan dan kami membuat keputusan untuk menjalankan Projek Haiwan Jalanan.

      Projek Haiwan Jalanan adalah sebuah projek dimana ahli kumpulan akan berusaha mencari sponsor bagi membeli makanan kucing untuk diberi kepada kucing-kucing jalanan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kelantan. Objektif tambahan projek ini adalah untuk membantu kucing-kucing terbiar serta memberi kesedaran kepada orang awam tentang kebajikan haiwan.

No comments:

Post a Comment